bisnesonline


Assalamualaikum wrbt.

Saya ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya mengenai bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet.

Salah satu cara yang dipraktikkan ialah menyertai program-program affiliate di internet.
Bagi saya, inilah cara paling mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bermula. Antara program affiliate terawal yang saya sertai ialah program dari kedaifacebook, jutawan domain, buat blog, anakku sayang dan lain-lain lagi.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Bagaimana anda boleh menjadi wakil pemasaran (affiliate marketer)?

Di internet, banyak laman web atau penganjur program menawarkan peluang ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Program affiliate yang berbayar memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu, kemudian anda ditawarkan menjadi agen mereka.

Program affiliate percuma pula, anda tidak perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka dan anda dibenarkan menyertai program ini tanpa sebarang caj.

Ada juga sesetengah laman web menyediakan program affliate tertutup. Walaupun program ini disediakan secara percuma, hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk menyertai program ini. Sebagai contoh affliate dari jomseminar.com dan rahsiainternet.com

Seperti yang dinyatakan mengenai program tertutup ini, pihak penganjur kebiasaannya akan memilih mereka yang memiliki jumlah prospek yang ramai. Contohnya, saya memiliki senarai prospek dari mailing list saya dan saya telah ditawarkan menyertai program affliate mereka. Dengan memiiliki prospek yang berpotensi untuk membeli produk, pihak penganjur tidak ragu-ragu menawarkan program ini kepada anda. Komisyen yang diberikan juga adalah tinggi.

Mengenai pendapatan yang diperolehi dari penyertaan program affliate, ianya bergantung kepada perjanjian perkongsian hasil keuntungan antara penganjur dan agen. Antara produk yang popular dan sering menawarkan komisyen yang tinggi ialah produk digital. Purata jumlah peratus pembahagian keuntungan ialah antara 30% hingga 70%.

Berbeza pula jika anda menyertai program affliate untuk produk-produk fizikal. Komisyen yang ditawarkan adalah antara 5% hingga 15% sahaja. Faktor utama kenapa produk fizikal ini tidak menawarkan komisyen yang tinggi adalah kerana kos-kos produk ini adalah lebih banyak berbanding produk digital.

Anda perlu bijak memilih program-program affliate di internet dan jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan menjadi jutawan atau orang kaya baru hanya menyertai program affliate! Dapatkan panduan yang betul dan minta pandangan dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum anda terjebak dengan aktiviti spam, scam atau skim cepat kaya!

Layari Facebook Akmaluddin Rusly atau blog ibnuakmaluddin.blogspot.com untuk maklumat lanjut :) Jumpa lagi:)
Jumpa lagi